Utama

Produk

Senarai Pengedar

Galeri

PROFILE PENGASAS

Blog

Hubungi kami

PRODUK KAMI

SENARAI PENGEDAR

GALERI KAMI

HUBUNGI KAMI

TEKAN DISINI

PROFILE PENGASAS

Nur Iman Shah Mohamad Najib atau lebih dikenali sebagai Don Aiman merupakan seorang usahawan lipstik yang semakin dikenali apabila kisahnya disiarkan di beberapa penerbitan akhbar-akhbar terkemuka tanah air. Inspirasi beliau dalam mencipta salah satu keperluan dalam bersolek di samping berfungsi sebagai alat penjagaan dan rawatan bibir semakin mendapat perhatian umum.

 

Mengorak langkah dengan gelaran “Abang Gincu”, pengasas lipstik berinovasi dengan keunikan tersendiri ini dilahirkan di Alor Setar, Kedah, pada 1984. Anak sulung dari tiga beradik ini juga seorang usahawan berpengalaman dalam pelbagai bidang sebelum memfokuskan diri dengan perniagaan lipstiknya di bawah naungan syarikat Nur'Asia HQ.

 

Nur'Asia HQ merupakan Syarikat Jualan Langsung yang berkonsepkan stokis dan agen serta menjalankan perniagaan atas talian. Antara produk penjagaan bibir keluarannya adalah Multi Purpose Magic Stick, Love At First Sight, Nur'Asia Magic Lipsmatte dan pelbagai lagi.

 

Selain itu, Nur'Asia mengukuhkan perniagaan dengan visi dan misinya iaitu memperkayakan hidup melalui produk berkualiti dan peluang perniagaan melangkaui sempadan serta komited untuk mengubah kehidupan biasa menjadi luar biasa dengan produk unik dan peluang perniagaan berpotensi.

 

Bertepatan dengan matlamatnya itu, Nur'Asia kini sedang giat mengembangkan jaringan perniagaan bagi jenama gincunya itu melalui program pelan pemasaran yang strategik dikenali sebagai Program Sistem Bonus Nur'Asia iaitu platform untuk orang ramai menjana pendapatan lumayan menerusi pemberian bonus sehingga ribuan ringgit untuk ahlinya.

 

Bayangkan, seorang ejen yang berjaya menarik penyertaan lebih ramai ahli di bawahnya mampu menjana pendapatan lumayan setiap minggu.

 

Dengan modal RM1,000, peserta mampu mendapat pulangan modal lumayan melalui dua pendapatan. Ini adalah sistem jaringan perniagaan yang memberi imbuhan menarik kepada ahli kerana ia adalah peluang menjana pendapatan dengan potensi masa depan serta prospektif yang berbaloi.

 

Sejak penubuhannya menerusi sistem itu,   Nur'Asia sudah mempunyai stokis di seluruh Malaysia dan berjaya meluaskan rangkaiannya ke Asia Tenggara termasuk China, Singapura, Indonesia dan Thailand.

 

Selain memberi fokus terhadap pemasaran produknya, Don Aiman juga turut aktif menyertai dan mengelolakan pelbagai aktiviti kebajikan dengan cara berkongsi sebahagian daripada hasil keuntungan syarikat bersama golongan anak yatim, asnaf dan ibu tunggal.

 

Walaubagaimanapun, syarikatnya   terus komited untuk membantu orang ramai dengan mengalu-alukan penyertaan sebagai ahli di dalam sistem pemasarannya untuk menjana pendapatan dan seterusnya meningkatkan taraf hidup masyarakat tempatan.

 

Bagi mereka yang berminat menyertai Program Sistem Bonus Nur’Asia boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menekan butang di bawah.

 

Don Aiman

Pengasas Nur'Asia

Submitting Form...

The server encountered an error.

Message Sent

Nur'Asia HQ

LLP0011736-LGN

 

Phone : 0128222839

Email : salesteam@nurasia.com.my